Kemudahan Masyarakat
Dasar Perlaksanaan

Utama

Dasar Perlaksanaan | Prinsip dan Komponen

1 . Pelaksanaan Kemudahan Masyarakat hendaklah
     mematuhi akta akta yang telah diterimapakai oleh
     Kerajaan iaitu :

     i.   Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 50/1965)
          (Sek.124A dan 204D)

     ii.  Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
          (Akta 172)

     iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa
          (Pindaan 1995) (Akta A933)
     
     iv. Undang undang Kecil Bangunan Seragam 1984

2. Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan
     hendaklah menyediakan keperluan Kemudahan
     Masyarakat di peringkat Negara, Negeri dan
     Tempatan.

 3. Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah
     menguatkuasakan pemakaian Garis Panduan
     dan Piawaian Perancangan yang disediakan oleh
     JPBD, Semenanjung Malaysia dalam kelulusan
     permohonan kebenaran merancang dan kelulusan
     Pelan Susun Atur.

 4. Mematuhi dasar dan garis panduan yang ditetapkan
     dalam strategi pembangunan Rancangan Struktur
     dan Rancangan Tempatan.

5. PBT hendaklah memastikan lot untuk kegunaan awam
     (telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan)
     diserahbalik kepada Kerajaan untuk dimajukan.

 6. Bagi kawasan perumahan sedia ada, tanah kerajaan
     yang belum dimajukan hendaklah dibangunkan untuk
     kemudahan masyarakat.

 7. Pemaju hendaklah melaksanakan dan menanggung
     kos kemudahan sosial asas iaitu tanah lapang awam
     seperti padang permainan kanak-kanak dan padang
     bola daripada peringkat penyediaan tapak hingga
     selesai kerja-kerja penyediaan merata tapak,
     menanam rumput dan membina sistem perparitan,
     jalan masuk dan landskap.

8. Manakala, bagi kemudahan sosial sekunder iaitu
     kegunaan awam untuk tadika, sekolah, klinik,
     masjid/surau, tempat ibadat dan dewan serbaguna,
     pemaju hendaklah melaksanakan penyediaan tapak
     dan menanggung kos pelaksanaan di peringkat

     kerja kerja tanah tapak, merata dan membina sistem
     perpadtan dan jalan masuk tanpa melaksanakan
     pembinaan bangunan dan keoa luaran bangunan.

A&I Planners*4,Jln Nagasari 11*Segamat Baru,Segamat*Johor*85000