Make your own free website on Tripod.com
Kemudahan Masyarakat
Dasar Perlaksanaan | Prinsip dan Komponen

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sebagai 'lead agency' di dalam perancangan pembangunan sesuatu kawasan bandar dan desa di negara ini telah mengambil langkah dengan menyediakan satu Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat bertujuan menyediakan keperluan-keperluan kemudahan untuk masyarakat mengikut kriteria-kriteria perancangan berdasarkan prinsip perancangan dan pembangunan sejagat.

Garis panduan ini disediakan adalah untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan di dalam merancang pembangunan kemudahan masyarakat dengan menyediakan dasar yang seragam dan pelaksanaan piawaian perancangan yang lebih rasional, ke arah mencapai penyediaan kemudahan masyarakat yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

back_home_md_clr.gif