Pembangunan Taman Atas Bumbung
Prinsip dan Komponen

Utama

Dasar Perlaksanaan
Prinsip dan Komponen

Bil.
PRINSIP PERANCANGAN
KOMPONEN
1.
Tepat dan Saksama - Perancangan Pembangunan Taman Atas Bumbung hendaklah sesuai dan tepat pada tempatnya dan boleh dimanfaatkan

  1. Hanya sebagai tambahan kepada jumlah minimum tanah lapang. Keperluan minimum tanah lapang atas pada tempatnya dan boleh tanah hendaklah berdasarkan bilangan dimanfaatkan. penduduk, bilangan unit perumahan atau 10% daripada kawasan pembangunan. Peratusan keperluan ini tidak boleh diagihkan di atas bumbung atau mana-mana ruang dalam bangunan.
  2. Pembangunan Taman Atas Bumbung hanya dibenarkan bagi pembangunan perumahan kondominium dan pangsapuri yang melebihi kawasan seluas 0.81 hektar (2 ekar).
  3. Keluasan lantai minimum hendaklah 930 meter persegi (10,000 kaki persegi).
  4. Hendaklah mewujudkan suasana tanah lapang di atas tanah dengan menyediakan beberapa elemen perancangan Taman Atas Bumbung, landskap lembut dan keras serta turapan pejalan kaki.
  5. Bahagian bumbung yang dibenarkan hanya bumbung yang rata seperti atas podium atau bumbung blok tempat letak kereta. Bahagian bumbung yang dibenarkan adalah di bahagian bumbung yang rata.

Bil.
PRINSIP PERANCANGAN
KOMPONEN
1.
Keselamatan, kesendirian dan keselesaan - Perancangan Reka Bentuk Taman Atas Bumbung menerap ciri ciri keselamatan dan mewujudkan tahap kesendirian yang berkonsep keselamatan, keselesaan, kedamaian, keharmonian, keindahan dan kesendirian.

  1. Mestilah tidak mempunyai elemen merbahaya seperti pendawaian elektrik, penjana penghawa ingin, antena televisyen dan sebagainya.
  2. Aspek keselamatan bumbung perlu diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat.
  3. Hendaklah menyediakan pagar dengan ketinggian minimum 4 kesendirian yang meter(12 kaki) dan reka bentuk yang menjamin keselamatan kanak-kanak.
  4. Semua peralatan hendaklah direkabentuk dan dibina dengan pintu masuk dan kesendirian, selamat, kukuh dan daya ketahanan yang tinggi.

forward212.gif