Pemeliharaan Topografi Semulajadi
Prinsip dan Komponen

Utama

Prinsip dan Komponen | Piawaian | Dasar Perlaksanaan

Prinsip Perancangan & Garis Panduan Pemeliharaan Topografi Semulajadi Dalam Perancangan dan Pembangunan Fizikal Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172)
 
BIL
PRINSIP PERANCANGAN
KOMPONEN

1.

Keselamatan dan Kesejahteraan
-Ciri-ciri topografi hendaklah dipelihara dan diadunkan dengan elemen-elemen buatan tanpa menjejaskan kestabilan, keseimbangan, keharmonian dan keunikan alam semulajadi.

Pembangunan

Kepadatan pembangunan hendaklah bercirikan kepadatan sederhana; dan

Kepadatan tinggi adalah tidak dibenarkan kerana pertambahan serta kerja-kerja tanah yang lebih meluas yang menyumbang kepada masalah hakisan tanah, kemusnahan rupa bentuk bumi, lereng bukit dan sebagainya.
                             
            
                                

Rekabentuk bangunan diatas bukit

Semua pembangunan hendaklah mengekalkan natural 'sky-line' dan menentukan orientasi bangunan mendapat pandangan menikmati alam sekeliling.

                             
            
                                

BIL
PRINSIP PERANCANGAN
KOMPONEN

2.

Produktif
-Komponen yang unik perlu di pelihara kerana sifatnya yang menjadi identiti serta merupakan sejarah bagi sesuatu kawasan.

Kawasan semulajadi yang bernilai saintifik dan bersejarah

Kerja tanah hendaklah dilakukan di tapak untuk pembinaan berkenaan sahaja sementara kawasan lain sebaik-baiknya dikokalkan sepedi keadaan sedia ada;

Kerja tanah termasuklah apa-apa perbuatan mengorek, merata, menimbus dengan apa-apa bahan, atau menebang pokok atas mana-mana tanah, atau apa-apa perbuatan lain yang menyentuh atau mengganggu mana-mana tanah; dan

Langkah-langkah pencegahan hakisan hendaklah dilakukan supaya pemajuan tidak menjejaskan keunikan dan kecantikan semulajadi kawasan yang dinyatakan di atas.
                             


BIL
PRINSIP PERANCANGAN
KOMPONEN

3.

Berfungsi
-Kawasan tadahan air hendaklah pelihara supaya dapat menghasilkan kuantiti dan kualiti air mineral yang tinggi.

-Kawasan yang berkecerunan
yang diwartakan sebagai hutan
simpanan kekal ; hutan
pengeluaran/hutan produktif
dan hutan perlindungan

PBN hendaklah membuat pertimbangan teliti dengan mengambilkira aspek pemeliharaan tanah , kepelbagaian hayat serta pertimbangan lain ke atas alam sekitar.

                             
            
                                
4.
Keindahan
-Aset semulajadi kawasan berbukit terserlah dengan jenis pemandangan yang sesuai dari jenis pemandangan yang sesuai dari segi ketinggian , saiz dan fungsinya perlu dipelihara
Rekabentuk
Pembangunan diatas bukit hendaklah mengekalkan asset semulajadi yang kaya dengan keindahan, keperibadian dan unsur-unsur pemantapan suasana semulajadi yang tidak harus diganggu sistem ekologinya.

Pengekalan Topografi
Hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal tanah
Pomotongan bukit hendaklah di laksanakan pada kadar yang
minimum dengan tujuan asas infrastruktur seperti jalan dan
struktur yang terbabit sahaja
Susun bangunan ikut kontor asal tanah termasuk tebing tasik aliran sungai
Susun secara bertingkat (staggered) dengan mengambilkira kecerunan yang maksimum untuk cadangan jalan mengikut kehendak yang di tetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkenaan.

                             
            
                                
    Pemeliharaan
i. Aliran sungai dan anak sungai hendaklah dikekalkan dan dipelihara;
ii. Rizab sungai hendaklah dijadikan jaluran sebagai hijau/penampan bagi mengawal pencemaran hakisan penampan dan
permukaan dan pencerobohan setinggan;