Make your own free website on Tripod.com
Pembangunan Taman Atas Bumbung
Dasar Perlaksanaan
Prinsip dan Komponen

Kepentingan keperluan tanah lapang di negara ini semakin meningkat selaras dengan kepesatan pembangunan negara. Dalam menyediakan kawasan tanah lapang akhir-akhir ini, wujud satu senario yang menerima konsep pembangunan taman atas bumbung (roof top garden) sebagai pilihan dalam penyediaan tanah lapang. Ia berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang di mana nilai tanah adalah tinggi.

Garis panduan ini adalah bertujuan untuk mengawal penyediaan taman atas bumbung bagi panduan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri. Ia bertujuan untuk memastikan penyediaan tanah lapang tidak diabaikan dan keperluannya diperuntukkan mengikut piawaian. Dengan wujudnya Garis Panduan ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa berharap tanah lapang terutamanya bagi kemudahan rekreasi, dapat disediakan dengan sewajarnya selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang sejahtera dan sihat.

back_home_md_clr.gif